Berbagi kumpulan tips terbaru dan puisi paling romantis

Tuesday, January 11, 2011

BINTANG


puisi romantis, puisi selamat tidur, puisi cinta dan puisi sahabat. blog puisi romantis kali ini akan posting BINTANG.

Keindahan alam yang mekar menghijau,turut dihiasai dengan pelbagai jenis tumbuhan berwarna warni,sungguh menambat hati.
Sebegitu juga mekarnya cinta kita pada masa itu,kebahagiaan yang sungguh tidak terkata.
Namun semuanya berlalu begitu pantas.Bintang yang kupuja kini hilang dari pandangan.Bintang yang memberi ku harapan serta keyakinan,tidak lagi aku lihatkan.
cahayanya yang dulu menyinari hati ini terus hilang,hati ini gelap gelita tidak seperti dahulu.
Siang dan malam ku kini berubah,hari-hari ku semakin suram,keriangan ku bertukar kesepian,rindu ku yang dulu di dambakan kini menebal tampa balasan.Jiwa ku sentiasa keresahan.
Sentiasa aku memikirkan akan bintang itu,kenangan yang terukir sentiasa aku ingatkan,namun ku masih buntu dengan pemergian mu,sedangkan aku tidak pernah curang pada nya,apatah lagi mengkhianati cintanya.
Namun dapat kah kau fahami keadaan ku kini,hilang tmpat bermanja,tiada lagi kasih sayang,kesepian seorang diri.
Namun segalanya yang berlaku,aku terima seadanya,walaupun berat hati ini,namun tangis berair mata darah sekalipun tak mungkin kan kembali,doa serta harapan yang mampu aku lakukan.
Bahagia lah wahai bintang ku,semoga kau sentiasa bahagia dalam kehidupan.

BINTANG Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Puisi Romantis

0 komentar:

Post a Comment